Bagaimana Membeli Domain Name di GoDaddy

Pasti ramai yang ingin mengetahui bagaimana proses untuk membeli domain name di Godaddy.

Layari laman web www.GoDaddy.com dan masukkan nama domain yang anda inginkan. Anda tidak perlu masukkan extension (.com , .net , .org) dan sebagainya. Selepas anda tekan button Search Domain, GoDaddy akan senaraikan extension yang available.

Sedikit tips tentang nama domain.

  1. Gunakan nama yang mudah ditaip dan senang dikenali. Contohnya jika anda pilih nama domain lillihartanah, ia akan sedikit mengelirukan jika ditaip.
  2. Pilih branding yang mudah dan make it uniform across all platforms. Jika anda pilih nama domain ErmanTaib.My. Maka, cepat2 register account Google ErmanTaib, register account Instagram Erman Taib, register account TikTok Erman Taib, register account LinkedIn Erman Taib, register account Facebook Erman Taib, register Facebook Page Erman Taib and so on. Kami rasa anda faham maksud yang cuba kami sampaikan. Make it uniform across all platforms.
  3. Anda boleh gunakan NamaAnda+Hartanah atau +property jika anda buntu untuk mencari branding yang sesuai. Contohnya JackSparrowHartanah.Com atau MaryAnnProperty.Com .. Semoga anda mendapat ilham mendapat nama domain yang menarik sebagai branding anda.

Sekiranya nama yang anda masukkan sudah tidak available, GoDaddy akan berikan message seperti gambar di bawah. Jika anda lihat message di sebelah kanan tersebut, “We still might be able to get it for you“, nasihat kami, anda tidak perlu membazir wang untuk dapatkan ia kerana selalunya ia melibatkan kos yang agak tinggi. Lebih baik lakukan sedikit brainstorming dan cari idea nama domain yang lain.


GoDaddy juga akan memberikan pilihan extension yang masih available seperti contoh di bawah. Kami cadangkan anda hanya memilih extension .com atau .net sahaja. Jika anda ingin membeli domain dengan extension .my , then kami cadangkan limit it kepada .com.my , .my dan .net.my sahaja.

Untuk makluman anda, domain dengan extension .my adalah lebih mahal berbanding .com.


Sekiranya nama domain yang dipilih masih available, GoDaddy akan memberikan message bahawa domain serta extension tersebut masih boleh anda miliki. Contohnya seperti AiniHartanah.Com di bawah.

Jika anda telah confirm inginkan branding anda sebagai AiniHartanah.Com, tekan button Add to Cart dan kemudian Continue to Cart.


Just pilih No Thanks untuk pilihan Domain Privacy ini.

Begitu juga untuk pilihan Email address ini. Just pilih No Thanks. Adalah lebih menjimatkan kos untuk menggunakan perkhidmatan email percuma daripada Gmail. Just make it a uniform one. Cepat-cepat register [email protected] atau sekiranya sudah tidak available, boleh cuba [email protected]. Mudah bukan …

Pilihan Web Hosting ini pun anda just say No Thanks kepada GoDaddy. Anda tidak perlukan Web Hosting untuk menggunakan Laskea. Ia termasuk dalam pakej subscription. No need untuk mengeluarkan extra cost. Namun, sekiranya anda ingin mempunyai Blog sendiri atau mahu membangunkan Website anda sendiri, then you will need a hosting package.

Sedikit tips daripada kami, untuk newcomers dalam bidang hartanah anda jangan pening kepala untuk membangunkan website/sistem hanya untuk listings purpose. Laskea sudah sediakan kemudahan tersebut. Anda hanya perlu concentrate pada skills lain seperti Advertising, Marketing, Closing dan Content Creations.

Another tips untuk senior agents/REN, jika anda telah mempunyai consistent flows of income, instead of bazirkan masa develop a website from scratch, adalah lebih mudah untuk anda upah expert untuk membinanya. Dan anda terus gandakan usaha serta focus in Marketing/Closings.


Selepas continue, anda akan dibawa ke page pilihan tahun seperti di bawah. Minima pembelian domain ialah selama setahun dan maksima ialah 10 tahun. Kami mencadangkan anda untuk purchase minima 2 tahun. Namun jika kos ialah suatu halangan, go with 1 year dan later on boleh continue untuk tahun-tahun akan datang.

ps : again, jangan add Full Domain Privacy & Protection tersebut.

Kemudian anda akan dibawa ke Sign In page. Jika anda belum mempunyai account GoDaddy, just click link Create an Account and continue from there.

Anda perlu Verify email yang digunakan. Just click link di dalam email anda yang dihantar oleh GoDaddy.


Kemudian masukkan Billing Information dan juga Payment Information. Kebiasaannya, semua credit card Visa/MasterCard boleh digunakan tanpa masalah.

Namun, jika anda menggunakan Debit Card dan ini merupakan first time anda membuat Online Purchase, anda mungkin perlu hubungi pihak bank anda. Just make a call kepada pihak bank dan inform yang anda hendak membuat pembelian domain di GoDaddy. Pihak bank biasanya tiada masalah untuk melepaskan sekatan kepada Online Purchase tersebut.

Selepas pembayaran selesai, anda akan mendapat email daripada GoDaddy.

Tahniah, anda telah one step ahead berbanding beribu-ribu ejen hartanah di luar sana yang masih tiada own branding.

Next Step ialah untuk Subscribe to Laskea.

  1. Sila click link berikut untuk Special Promotion for iRealty Family members.
  2. Setelah melakukan pembayaran, sila click link berikut Laskea Form for iRealty Group.